Sebuah kisah benar yang
dilalui oleh diriku yang agak jarang menaiki teksi untuk menuju ke
mana-mana destinasi sekalipun. Pada suatu hari, aku, Imran, Hisyam
dan Akmal bercadang untuk ke sebuah kedai buku untuk melihat
buku-buku yang diwara-warakan dijual dengan harga yang murah di
sana. Setelah bersarapan pagi di KLCC, kami semua menaiki teksi
menuju ke kedai buku tersebut dengan menaiki teksi.
Ditakdirkan buat kali
pertama bagi diriku menaiki teksi yang dipandu oleh warga Indonesia.
Maka banyaklah persoalan yang berlegar di ruang legar kepala aku...
Pemandu teksi ini ada permit ke tak? Lesen?
Aku banyak berdiam diri di
dalam teksi manakala Imran, Akmal dan Hisyam pula banyak melontarkan
soalan-soalan cepu emas, contohnya "Pakcik tinggal kat mana?",
"Dah berkeluarga?", "Kahwin dengan orang Malaysia
ke?" dan lain-lain lagi. Perasaan aku menjadi tidak tenang
kerana aku merasakan soalan tersebut agak sensitif bagi warga
Indonesia di Malaysia.
Tetapi pemandu tersebut
menjawab dengan tenang, antara jawapannya "Saya tinggal di
Ampang", "Saya tinggal dengan keluarga" dan "Isteri
saya orang Indonesia." Benar atau tidak aku pun tak tahu.
Tiba-tiba pemandu tersebut
bertanya kepada kami semua, "Apakah perasaan kamu semua ketika
menaiki kenderaan?" Aku tergamam. Akmal menjawab, "Macam
biasa jelah". Satu jawapan yang mungkin dipersetujui oleh aku,
Imran dan Hisyam kerana itulah perasaan kami.
Pemandu Indonesia tersebut
berkata,"Bagi saya, ketika saya menaiki kenderaan seperti ini
(kereta atau kenderaan berenjin), saya merasakan saya menaiki dua
kenderaan secara serentak."
Kami semua kebingungan.
Pemandu tersebut menyambung, "Satu kenderaan yang sedang saya
naiki dan satu lagi kenderaan bumi."
"Kenderaan bumi?"
salah seorang daripada kami bertanya.
Pemandu tersebut menjawab,
"Bumi kitakan sedang berputar pada paksinya dan beredar di
dalam galaksi."
Aku tergamam sekali lagi.
Pemandu tersebut
menyambung, "Jika kita memikirkan kejadian langit dan bumi,
kitakan akan lebih dekat dengan Allah, gitu..."
Tamat.
Jadi apakah pengajaran dan
suri teladan yang boleh diambil?
Sesungguhnya pada
penciptaan langit dan bumi, daratan dan lautan terdapat tanda-tanda
kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. yang dapat dilihat oleh
mereka yang mahu berfikir. Kita sering lupa dan alpa kerana kita
buta dan leka dengan keseronokan dan kesibukan kehidupan dunia..
sedangkan dunia ini hanyalah umpama ladang tempat bercucuk tanam
supaya di akhirat nanti hasilnya boleh dituai. Bukalah mata hati
kita..
- [LINK=/index.php]Artikel
iluvislam.com[/LINK]
No comments:
Post a Comment