Thursday, 26 July 2012

Wordless..

Amalan-Amalan Murah Rezeki



Assalamualaikum w.b.t semua.. Kali nie, ana nak kongsi tentang amalan-amalan murah rezeki. So, check it out!

1 ) Sentiasa bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Talaq, 2-3. "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar ( daripada kesusahan ) dan Dia ( Allah ) memberi kepadanya dari ( sumber ) yang tidak pernah diduganya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya, Allah itu melaksanakan kehendakNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran segala sesuatu.

2 ) Berbakti kepada ibu bapa. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangkan umurnya ( apabila umur panjang rezeki juga bertambah ). [ Hadith Riwayat Bukhari dan Hakim, daripada Mu'az bin Anaz ].

3) Menjalinkan silaturahim. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturahim" [ Hadith Riwayat Bukhari ].

4) Bangun pagi. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, "Bersegeralah mencari rezeki dan keperluan hidup, kerana bepagi-pagi mencari rezeki itu adalah mendapat barakah dan kejayaan" [ Hadith Riwayat Ibnu 'Adi daripada 'Aisyah ]

5) Melazimkan membaca surah Al-Waqiah. Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa membaca Surah al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, nescaya terhindar daripada kepapaan" [ Hadith Riwayat Bukhari]

6) Solat Dhuha. Sesetengah daripada fadhilat ialah menyebabkan murah rezeki ke atas orang-orang yang melakukannya. Mari kita selami makna doa :



 p/s : Walaubagaimanapun, setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh bukan berpeluk tubuh, beserah bulat-bulat pada takdir semata-mata.Tips ini berbentuk amalan dan perlukan istiqamah. Jadi, RAJINKAN diri anda kalau nak berubah. Usaha tangga kejayaan!^^

Saturday, 14 July 2012

Hukum Bersukan Dalam Islam


Soalan :

Saya ingin mengetahui setakat mana kaitan Islam dengan sukan? Apakah adab dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang Muslim semasa bersukan?

Jawapan oleh Syeikh' Atiyyah Saqr:

Pertamanya, kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kua. Dalam Hadith, Rasulullah SAW memerintahkan kita dengan bersabda: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda". Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan  dalam melatih umat Muslim dan mnejadikan badan sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut : " Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat".

Sheikh 'Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankusa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnya dengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:

"Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan peperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan bela diri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaaan mereka yang mengembara dan berpindah randah.

Bagaimana Islam Memandang Sukan?

Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati. " Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah." ( Riwayat Muslim ). Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.


Kesan Sukan Kepada Badan :
Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam :
Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.
Adab Bersukan Dalam Islam :
Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.


Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).”Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.
Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yangRasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar becanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: 

“Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”



Thursday, 12 July 2012


 

Empat Watak Lelaki


Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? na'uzubillah..... artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram..... apabila suami mendiam diri..... walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak..... nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..... maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap.

Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri..... jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas.....
Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik..... oleh mana-mana pihak????? Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH SWT berikan pada kita.

Monday, 9 July 2012

Enam Pesanan Khusus Untuk Wanita


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan."

Sunday, 1 July 2012

Kisah Pemandu Teksi


Sebuah kisah benar yang dilalui oleh diriku yang agak jarang menaiki teksi untuk menuju ke mana-mana destinasi sekalipun. Pada suatu hari, aku, Imran, Hisyam dan Akmal bercadang untuk ke sebuah kedai buku untuk melihat buku-buku yang diwara-warakan dijual dengan harga yang murah di sana. Setelah bersarapan pagi di KLCC, kami semua menaiki teksi menuju ke kedai buku tersebut dengan menaiki teksi.

Ditakdirkan buat kali pertama bagi diriku menaiki teksi yang dipandu oleh warga Indonesia. Maka banyaklah persoalan yang berlegar di ruang legar kepala aku... Pemandu teksi ini ada permit ke tak? Lesen?

Aku banyak berdiam diri di dalam teksi manakala Imran, Akmal dan Hisyam pula banyak melontarkan soalan-soalan cepu emas, contohnya "Pakcik tinggal kat mana?", "Dah berkeluarga?", "Kahwin dengan orang Malaysia ke?" dan lain-lain lagi. Perasaan aku menjadi tidak tenang kerana aku merasakan soalan tersebut agak sensitif bagi warga Indonesia di Malaysia.

Tetapi pemandu tersebut menjawab dengan tenang, antara jawapannya "Saya tinggal di Ampang", "Saya tinggal dengan keluarga" dan "Isteri saya orang Indonesia." Benar atau tidak aku pun tak tahu.

Tiba-tiba pemandu tersebut bertanya kepada kami semua, "Apakah perasaan kamu semua ketika menaiki kenderaan?" Aku tergamam. Akmal menjawab, "Macam biasa jelah". Satu jawapan yang mungkin dipersetujui oleh aku, Imran dan Hisyam kerana itulah perasaan kami.

Pemandu Indonesia tersebut berkata,"Bagi saya, ketika saya menaiki kenderaan seperti ini (kereta atau kenderaan berenjin), saya merasakan saya menaiki dua kenderaan secara serentak."

Kami semua kebingungan. Pemandu tersebut menyambung, "Satu kenderaan yang sedang saya naiki dan satu lagi kenderaan bumi."

"Kenderaan bumi?" salah seorang daripada kami bertanya.

Pemandu tersebut menjawab, "Bumi kitakan sedang berputar pada paksinya dan beredar di dalam galaksi."

Aku tergamam sekali lagi.

Pemandu tersebut menyambung, "Jika kita memikirkan kejadian langit dan bumi, kitakan akan lebih dekat dengan Allah, gitu..."

Tamat.

Jadi apakah pengajaran dan suri teladan yang boleh diambil?

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, daratan dan lautan terdapat tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. yang dapat dilihat oleh mereka yang mahu berfikir. Kita sering lupa dan alpa kerana kita buta dan leka dengan keseronokan dan kesibukan kehidupan dunia.. sedangkan dunia ini hanyalah umpama ladang tempat bercucuk tanam supaya di akhirat nanti hasilnya boleh dituai. Bukalah mata hati kita..

- [LINK=/index.php]Artikel iluvislam.com[/LINK]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...