Saturday, 30 June 2012

Masa




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.
Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, izinkan saya dengan penuh rasa rendah diri memperkenalkan diri saya, hamba Allah yang hina ini kepada para pembaca sekalian.
Nama saya Abdul Hafiz Bin Mesro. Ya, ini ialah post yang pertama saya tuliskan di blog serba baru dan kekurangan in.

Coretan pertama saya adalah mengenai “Masa”
Masa seperti yang sedia maklum adalah detik-detik jam, setiap saat berlalu, yang dikira oleh manusia, ditentu ukur melalui pengiraan unit SI, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Saat mengikut para saintis diukur mengikut pengeluaran 9,192,631,770 radiasi bagi atom caecium-133. Apa-apa pun ia, masa tetap masa dan saat tetap saat, detikan saat di jam kita.

Masa Bagi Manusia:
Masa bagi manusia ialah sangat subjektif. Kenapa?
Sebentar kita akan merasa seperti masa itu cepat berlalu, seketika lagi kita merasa lambatnya masa berlalu. Masa akan berlalu dengan begitu pantas ketika kita melakukan aktiviti yang kita suka, manakala ianya akan melangkah lambat ketika kita melakukan aktiviti yang kita benci/ tidak suka.
Masa pada manusia berlaku dengan kadar yang berbeza.
Walaupun bukan seorang saintis, saya telah membuat satu andaian ataupun teori, bahawa masa 1 saat yang dilalui oleh setiap manusia sangat berbeza. Sebagai contoh, masa 1 saat yang dilalui oleh saya adalah 1.3saat dibandingkan masa satu saat yang dilalui oleh manusia lain. Oleh itu, masa bagi reaksi saya adalah sangat berbeza dengan manusia yang lain. Teori ini boleh membuktikan mengapa terdapat manusia yang mempunyai berbeza masa untuk reaksi terhadap sesuatu kejadia (reaction time). Semakin lama satu saat yang dilalui oleh manusia dibandingkan dengan satu saat yang dilalui oleh manusia lain, semakin cepat lah masa reaksinya terhadap sesuatu kejadian.
Pening?? Tidak mengapa. Saya bukanlah saintis untuk mengemukakan sesuatu teori baru kepada anda. Kita beralih ke persoalan seterusnya.

Masa Bagi ALLAH S.W.T

Seperti yang kita sedia maklum, Allah merupakan pencipta alam, dan kekal hidup selama-lamanya.
Dialah yang paling awal dan dialah yang paling akhir. Tiada diciptakan. Tidak beranak dan tidak pula diberanakkan.
Tapi bagaimana??
Beralih kepada persoalan masa ini, bagaimana pula Allah tidak termasuk dalam persoalan masa, iaitu tercipta sendiri dan berada dalam satu ikatan infiniti dimana Dia tidak diciptakan, tetapi ada dan kekal selama-lamanya?
Jawapan kepada semua ini ialah MASA.
Allah ialah pencipta bagi segala-galanya, termasuk teori masa. Oleh itu, Allah tidak termasuk dalam teori ciptaannya sendiri, iaitu MASA. Masa ialah ciptaan Allah, dimana sebelum ada segala-galanya kecuali Allah, tidak ada Masa dan jikalau sebiji jam dibawa ke waktu itu, ianya tidak akan berdetik.
Allah juga mampu untuk memanipulasikan masa sebagaimana yang dimahukanNya kerana masa itu adalah ciptaanNya. Allah juga mampu mengetahui apa yang berlaku di masa hadapan kerana secara fizikalnya, Allah tidak berada di ruang batas masa yang sama dengan kita. Mungkin dengan ini jugalah Allah telah ciptakan dunia Jin, iaitu dunia yang sama dengan kita tetapi berbeza secara fizikalnya, iaitu dengan menciptakan satu lagi ruang masa, dengan itu, walaupun kita bersentuhan dengan mereka, tetapi kerana ruang masa kita berbeza, sentuhan itu tidak akan membawa makna.
Namun mengapa seringkali kita melihat dan diganggu oleh jin, bagaimana mereka mampu merentasi sepadan masa itu? Kerana kuasa yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka cukup untuk merentasi sepadan ruang antara masa antara dunia kita dan dunia mereka, tetapi tidak cukup untuk mengembara ke masa silam kerana perkara itu adalah mustahil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...