Sebelum saya meneruskan penulisan saya
ini, izinkan saya dengan penuh rasa rendah diri memperkenalkan diri
saya, hamba Allah yang hina ini kepada para pembaca sekalian.
Nama saya Abdul Hafiz Bin Mesro. Ya,
ini ialah post yang pertama saya tuliskan di blog serba baru dan
kekurangan in.
Coretan pertama saya adalah mengenai “Masa”
Coretan pertama saya adalah mengenai “Masa”
Masa seperti yang sedia maklum adalah
detik-detik jam, setiap saat berlalu, yang dikira oleh manusia,
ditentu ukur melalui pengiraan unit SI, saat, minit, jam, hari,
minggu, bulan dan tahun. Saat mengikut para saintis diukur mengikut
pengeluaran 9,192,631,770
radiasi bagi atom caecium-133.
Apa-apa pun ia, masa tetap masa dan saat tetap saat, detikan saat di
jam kita.
Masa Bagi
Manusia:
Masa bagi manusia
ialah sangat subjektif. Kenapa?
Sebentar kita
akan merasa seperti masa itu cepat berlalu, seketika lagi kita merasa
lambatnya masa berlalu. Masa akan berlalu dengan begitu pantas ketika
kita melakukan aktiviti yang kita suka, manakala ianya akan melangkah
lambat ketika kita melakukan aktiviti yang kita benci/ tidak suka.
Masa pada
manusia berlaku dengan kadar yang berbeza.
Walaupun bukan
seorang saintis, saya telah membuat satu andaian ataupun teori,
bahawa masa 1 saat yang dilalui oleh setiap manusia sangat berbeza.
Sebagai contoh, masa 1 saat yang dilalui oleh saya adalah 1.3saat
dibandingkan masa satu saat yang dilalui oleh manusia lain. Oleh itu,
masa bagi reaksi saya adalah sangat berbeza dengan manusia yang lain.
Teori ini boleh membuktikan mengapa terdapat manusia yang mempunyai
berbeza masa untuk reaksi terhadap sesuatu kejadia (reaction time).
Semakin lama satu saat yang dilalui oleh manusia dibandingkan dengan
satu saat yang dilalui oleh manusia lain, semakin cepat lah masa
reaksinya terhadap sesuatu kejadian.
Pening?? Tidak
mengapa. Saya bukanlah saintis untuk mengemukakan sesuatu teori baru
kepada anda. Kita beralih ke persoalan seterusnya.
Masa Bagi
ALLAH S.W.T
Seperti yang kita
sedia maklum, Allah merupakan pencipta alam, dan kekal hidup
selama-lamanya.
Dialah yang
paling awal dan dialah yang paling akhir. Tiada diciptakan. Tidak
beranak dan tidak pula diberanakkan.
Tapi bagaimana??
Beralih kepada
persoalan masa ini, bagaimana pula Allah tidak termasuk dalam
persoalan masa, iaitu tercipta sendiri dan berada dalam satu ikatan
infiniti dimana Dia tidak diciptakan, tetapi ada dan kekal
selama-lamanya?
Jawapan kepada
semua ini ialah MASA.
Allah ialah
pencipta bagi segala-galanya, termasuk teori masa. Oleh itu, Allah
tidak termasuk dalam teori ciptaannya sendiri, iaitu MASA.
Masa ialah ciptaan Allah, dimana sebelum ada segala-galanya kecuali
Allah, tidak ada Masa dan jikalau sebiji jam dibawa ke waktu itu,
ianya tidak akan berdetik.
Allah juga mampu
untuk memanipulasikan masa sebagaimana yang dimahukanNya kerana masa
itu adalah ciptaanNya. Allah juga mampu mengetahui apa yang berlaku
di masa hadapan kerana secara fizikalnya, Allah tidak berada di ruang
batas masa yang sama dengan kita. Mungkin dengan ini jugalah Allah
telah ciptakan dunia Jin, iaitu dunia yang sama dengan kita tetapi
berbeza secara fizikalnya, iaitu dengan menciptakan satu lagi ruang
masa, dengan itu, walaupun kita bersentuhan dengan mereka, tetapi
kerana ruang masa kita berbeza, sentuhan itu tidak akan membawa
makna.
Namun mengapa
seringkali kita melihat dan diganggu oleh jin, bagaimana mereka mampu
merentasi sepadan masa itu? Kerana kuasa yang diberikan oleh Allah
s.w.t kepada mereka cukup untuk merentasi sepadan ruang antara masa
antara dunia kita dan dunia mereka, tetapi tidak cukup untuk
mengembara ke masa silam kerana perkara itu adalah mustahil.
.jpg)



